RM18.00 RM19.00
air gamat asli OK
Price RM18.00 RM19.00
Availability In Stock
Quantity
Description

Gamat Yang Berkhasiat

Kajian yang dijalankan oleh Professor Dr.Ridzwan Hashim dan rakan-rakan penyelidik universiti islam Antarabangsa menunjukkan Gamat adalah kaya dengan protein,asid-asid amino,vitamin,mineral dan juga asid lemak perlu
Gamat juga mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asik mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepana pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)
Kolagen
Merencatkan proses penuaan, mengurangkan pembentukan kedutan kulit
Mempercepatkan proses pemulihan luka
Meningkatkan sistem imunisasi Kondroitin & Glukosamin
Melegakan sakit akibat osteoarthiritis
Meransang pembentukan dan pemulihan tulang rawan
Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
Omega-3
Merendahkan kolestrol dalam darah
Melindungi arteri
Mengurankan risiko mendapat penyakit jantung
Memperbaiki kesihatan mental
Mineral-mineral
Kalsium
Membentuk tulang dan gigi
Memantau sistem peredaran darah
Meregulasikan denyutan jantung
Zat Besi
Penting dalam pengangkutan oksigen dan metabolisme
Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.
Iodin
Perlu bagi sistem tiroid untuk berfungsi dengan normal
Selenium
Sebagai antioksidan
Mempertahankan sel-sel badan daripada radikal-radikal bebas
Mengelakkan kerosakkan sel
Vanadium
Mengurangkan penghasilan kolestrol
Terlibat dalam proses katekotamin dan metabolisme lipid serta dalam pembentukan sel-sel darah merah
Kronium
Menambahkan bilangan reseptor insulin pada membran sel dan menggalakkan pelekatan insulin pada sel-sel
Merendahkan paras gula dalam darah
Memperbaiki masalah diabetes melitus (kencing manis)
Kebaikan lain
Meningkatkan sistem imun
Merencat pertumbuhan sel-sel kanser
Menggalakan pertumbuhan sel
Sumber: Healwell Pharmaceutical

Bismillahi Rahmani Rahim

Perihal Gamat
Nama saintifik : Stichopus horrens Selenka
Nama Tempatan : Gamat, Gamat Emas
Nama Asing : Sea Cucumber, Balat, bat, Brunok, Trepang, Hoi-sum
Spesies Famili : Sticopodidae

Gamat merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti paling tinggi dewasa ini disebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Umumnya, perkataan gamat merujuk kepada apa jua bahan ubatan yang dihasilkan dari haiwan tersebut. Haiwan ini tergolong di dalam filum Ekinodermata dan spesies timun laut yang didapati berkesan dari segi nilai perubatannya adalah daripada genus sticophus. Hampir 42 spesies timun laut telah dikenalpasti di perairan Malaysia sementara lebih daripada 2,000 spesies wujud di serata dunia. Biasanya, gamat emas atau Stichopus horrens adalah spesies pilihan untuk membuat produk yang berasaskan gamat. Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan posterior. Pembiakan gamat boleh dilakukan secara seksual atau aseksual. Ianya adalah haiwan detrius iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut.

Komposisi Kimia Gamat
Gamat mempunyai kandungan mukopolisakarida dan kondorotin yang tinggi. Kaya dengan nutrien seperti protein, vitamin A & C, Thiamin, Riboflavin, Niasin, Besi, maganese, kalsium, magnesium dan zink. Gamat juga mengandungi Gamalian iaitu sebatian kompleks gamapeptida yang dikenalpasti sebagai bahan broaktif.

Antara Kegunaan Tradisional Gamat
- Meningkatkan kesihatan badan
- Mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman
- Mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot
- Menghindari masalah alahan dan lelah
- Melawan radang dan meredakan bengkak
- Melancarkan pengaliran darah
- Memulihkan sistem peranakan selepas bersalin
- Mencantikkan kulit dan awet muda
- Meningkatkan metabolisma dan mengurangkan masalah keletihan
- Menguatkan tenaga batin
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Mengawal diabetes / kencing manis

Cerapan Biopotensi Yang Pernah Dilaporkan
- Melancarkan aliran darah
- Menghalang pembentukan kolestrol pada saluran darah
- Memudahkan fungsi ginjal
- Meningkatkan kadar metabolisma
- Mengurangkan serangan asma / lelah

What's in the box

1x botol air gamat asli OK