RM146.00 RM199.00
set bersalin mak bidan Dherbs
Price RM146.00 RM199.00
Brand Dherbs
Availability In Stock
Quantity
Description

Pilis & Param Mak Bidan: Item ni syira paling suka sangat. Dalam set D'herbs ni, dia pakai ala-ala bedak sejuk. So, bila pakai lepas mandi tu kan, memang rasa sejuk dan segar je muka n kepala. Syira sapu juga kat leher dan kedua belah tangan. Kalau dah tengahari sikit pun, agak2 nak kesegaran berpanjangan, sapu lagi. Hehehe

 

Krim Panas Mak Bidan: Item ni pun best sebab kalau sapu krim ni memang panas dia tahan lama berbanding minyak panas biasa. Tambahan lagi, rasa berangin dan segar je. Memang recommend kalau nak mengurut tu, pakai krim panas ni. Angin satu badan semua keluar. Sebab masa mula-mula lepas bersalin hari tuh, badan syira masuk angin sampai bengkak dua2 belah kaki. Pakai krim panas ni, kejap je bengkak tu dah surut. Terbaikkk! Sampai suami syira pun kebas sekali krim panas ni. Sudahnya, krim ni habis dulu, terpaksa la beli loose item ni kat kedai. Tapi, tak rugi sebab memang berbaloi-baloi..

 

Minyak Telon (untuk baby): So far, alhamdulillah dengan izin Allah baby syira memang tak pernah kembung perut. Dan dia memang kuat kentut. So, syira rasa memang minyak telon ni dapat buang semua angin yang ada dalam badan dia. Dia pun memang tak pernah meragam. Baby happy, ibu pun senang hati.

 

Tungku Herba Mak Bidan: Macam syira yang bersalin secara pembedahan ni, memang tak boleh la nak pakai tungku besi macam orang dulu2 selalu pakai tu. Tapi, dengan tungku ni, memang best. Bila dah kukus tungku ni dalam 15-20minit, letak kat perut (bukan tempat jahitan operate). Darah2 kekotoran semua keluar dan badan terasa segar sikit. Perut syira pun cepat kempis walaupun syira tak pakai bekung (sebab operate).

 

Perawan Herba Herbal Wash: Untuk yang bersalin operate macam syira ni, rasanya takde masalah nak pakai herbal wash ni kat Miss V. Memang dapat memberi kesegaran kat private part tu dan mengelakkan jangkitan since darah nifas sentiasa ada. Tapi untuk yang bersalin normal dan ada banyak jahitan kat kawasan Miss V, takut herbal wash ni dapat menghakis jahitan luka tu. So, kalau nak pakai tu, maybe tunggu jahitan sembuh dulu kot.  

 

Mandian Herba: Memang sesuai untuk ibu baru lepas bersalin yang terasa lemah sangat. Cara nak pakai pun senang aje. Korang boleh rebus je dalam air panas atas dapur. Packet dia macam uncang teh, insyaAllah tak bocor bila rebus tuh.

 

Pati Herba Mak Bidan & Kapsul Jamu Mak Bidan: Dua set ni syira lambat pakai sebab amsyar kena penyakit kuning masa lahir tu. Sampai kari ke-20 baru bacaan darah dia kembali normal. So, syira baru je nak consume. Tak dapat nak bagi feedback lagi.

What's in the box

1x set bersalin mak bidan Dherbs